Artikel

Syarikat Induk Shopee Bakal Wujudkan Lebih 2,000 Pekerjaan, Perluas Pelaburan – Di Malaysia

Meskipun berdepan tekanan kos operasi semasa, Sea Limited syarikat disebalik platform e-dagang Shopee kini mengetengahkan pelan mereka – untuk perluaskan pelaburan di pasaran Malaysia. Ini termasuklah bakal mewujudkan lebih 2,000 peluang pekerjaan untuk pasaran tempatan.

Perluasan itu mengikut laporan, akan membabitkan pembangunan hab perkhidmatan awanan dan gudang logistik e-dagang. Kedua-dua pembangunan ini menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan melibatkan lokasi Bukit Raja, Klang dan Kulai, Johor.

Setakat ini difahamkan, gudang tersebut akan seluas 1.4 juta kaki persegi dan bakal dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur awam serta sokongan teknologi tinggi.

Melalui perluasan pelaburan ini, ia secara langsung kekal meletakkan Singapura selaku pelabur kedua terbesar dalam negara pada segmen sektor perkilangan dengan jumlah ketika ini melebihi RM96 bilion.