Artikel

Menu RM5 Dan Ke Bawah, Bakal Ditawar Buat Golongan Miskin Tegar Malaysia

Bagi memastikan tekanan kos semasa tidak menghimpit golongan miskin tegar di Malaysia, pentadbiran kelak bakal memperkenalkan Menu Rahmah bersama sokongan premis makanan, iaitu penawaran harga menu makanan sekitar RM5 dan ke bawah.

Usaha itu menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), akan diaksanakan setelah mencapai persefahaman bersama Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia dan Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, minggu hadapan.

Sekiranya kesepakatan itu dicapai, penawaran menu ini akan dijamin menawarkan hidangan mengikut piawaian nutrisi – seperti nasi, ayam, ikan serta sayur-sayuran.

Adanya usaha tersebut mengikut laporan Bernama ia kelak dapat menjadikan penawaran menu masakan-siap ini sebagai langkah terbaik negara untuk memastikan ‘harga munasabah’ buat golongan miskin tegar kekal terjamin bersama sokongan penyedia makanan dan minuman negara.

Golongan Miskin Tegar – merujuk kepada golongan dan individu yang memiliki pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM500 serta pendapatan per kapita RM100. Golongan ini juga turut merangkumi golongan rentan seperti kelainan upaya (OKU), warga emas, belia dan wanita.