Artikel

MAE : Lebih Banyak Jenis Transaksi Perlu Diluluskan Melalui Secure2u, Mulai 6 Feb Ini

Maybank pada makluman pertengahan bulan ini, memaklumkan mulai 6 Februari 2023 – pengguna perlu meluluskan lebih banyak jenis transaksi atas talian bersama Secure2u pada aplikasi MAE.

Langkah penambahan ini adalah sebahagian usaha Maybank untuk meningkatkan tahap keselamatan perbankan atas talian, seiring dengan matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan pada platform kewangan.

Buat perincian, pengguna, ini antara penambahan transaksi atas talian yang memerlukan kelulusan Secure2u pada platform Maybank;

  • Pemindahan Telegrafik Luar Negara (FTT)
  • Pemindahan Dana ke akaun ASNB
  • Pembukaan akaun Mybank2u Savers
  • Pembayaran FPX
  • Pemindahan dana melalui Western Union (WU)
  • Pemindahan dana ke Tabung Haji
  • Pembayaran mudah alih
  • Pengeluaran wang tanpa kad
  • Pemindahan ‘favourite’ kali pertama
  • Pelaburan Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i)

Maka untuk memastikan, transaksi sedemikian dapat menerima manfaat Secure2u, semua pengguna Maybank dinasihatkan untuk laksana pengaktifan ciri tersebut pada aplikasi MAE, iaitu pergi pada bahagian tetapan dengan mengesahkan nombor telefon anda bersama kata laluan satu kali.

Sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh terus layari laman rasmi Maybank atau emel pada [email protected] untuk perolehi panduan seterusnya berkaitan Secure2u atau emel pada [email protected] bagi rujukan lanjut.