Artikel

Vincent Tan Kini Kurangkan Pegangan Dalam Berjaya Corp – Kepada 19%

Tan Sri Vincent Tan, pengasas serta pemegang kepentingan utama Berjaya Corp Bhd kini telah bertindak mengurangkan pegangannya pada kumpulan itu kepada 19.061% daripada 26%.

Langkah itu mengikut makluman Bursa Malaysia, memperlihatkan jualan dua blok sahamnya melalui transaksi perniagaan secara langsung telah dilaksanakan pada 25 Januari lalu. Ini merangkumi penjualan 110.08 juta saham menerusi Hotel Enterprise Sdn. Bhd. dan 15.92 juta saham pula melalui B&B Enterprise Sdn. Bhd.

Tindakan penjualan ini juga diperhatikan adalah sebahagian langkah Berjaya Corp yang ketika ini dalam rundingan untuk merahi 51% kepentingan pada MCIS Life, firma insurans.

Buat pengetahuan umum, setakat Januari sahaja sekitar 417.3 juta saham Berjaya Corp Vincent Tan telah dijual.