Artikel

AirAsia Raih 24.2 Juta Penumpang Sepanjang 2022 – Naik Lebih 400%

Fasa pemulihan ekonomi sejak tahun lalu, ternyata telah membuahkan hasil yang positif buat sektor pelancongan domestik dan antarabangsa. Ini dapat diperlihat pada peningkatan kapasiti jumlah penumpang AirAsia pada tahun 2022, yang telah melonjak lebih 400% kepada 24.2 juta penumpang.

Data pada laporan suku keempat yang dikongsikan Capital A pada hari ini jelas, menunjukkan angka tersebut lebih tinggi berbanding tahun 2021 dengan jumlah penumpang sekitar 4.8 juta individu.

Untuk perincian mengikut negara AirAsia, Malaysia bagi tahun 2022 memaparkan jumlah penumpang yang dibawa sekitar 16.77 juta individu Рnaik 435%, diikuti Indonesia 3.24 juta penumpang  (305%), Filipina 4.21 juta penumpang (382%) dan Thailand 9.94 juta penumpang (240%).

Menerusi peningkatan ini, sekaligus memperlihatkan permintaan penerbangan Capital A kekal optimis dalam kalangan pengguna serantau dan didapati aliran itu pada suku keempat telah alami pertambahan kapasiti penumpang. Di mana suku keempat mencatatkan lebih 7.8 juta penumpang telah di bawa AirAsia bagi Oktober hingga Disember 2022.

Lebih menarik aliran positif ini tidak sekadar tertumpu kepada khidmat penerbangan, bahkan aplikasi sehentinya AirAsia Super App, kewangan BigPay serta Teleport turut memaparkan pemulihan pada pertumbuhan operasi sepanjang 2022.