Setelah mengumumkan penyertaan pitchIN selaku penaja rasmi Kelab Bola Sepak Kelantan pada musim 2023, kini kerjasama tersebut kelak akan dilanjutkan dengan usahasama penerbitan token The Red Warriors (TRW) pada minggu ini.
Pelaksanaan tersebut menurut pengendali kelab TRW ini, bakal dilaksana bersama pitchIN dengan penawaran nilai token mencapai RM100 juta.
Usaha penerbitan Token TRW sebagai aset digital, dilihat tidak sekadar membantu mengukuhkan dana pelaburan kelab tetapi turut dilihat meningkatkan lagi sokongan para peminat dalam arena bola sepak tempatan.
Dan lebih menarik, difahamkan perolehan token TRW itu dapat dijual-beli melalui medium Luno, iaitu bursa dagangan kriptowang di Malaysia.