Senada dengan penyertaan digitalisasi pada ekonomi negara, MBSB Bank Bhd hari ini mengumumkan pelaksanaan persefahaman bersama CelcomDigi, untuk meneroka peluang penyelesaian dalam pembangunan perbankan pintar.
Adanya perkongsian ini menurut Bernama, ia secara langsung akan meningkatkan kecekapan perkhidmatan perbankan MBSB melibatkan keselamatan siber, pembiayaan penyelesaian runcit pintar serta infrastruktur awanan untuk kemudahan pasaran.
Menerusi sokongan sedemikian. ini turut akan memacu persaingan dalam perbankan negara, di samping meningkatkan lagi penerapan digitalisasi dalam kalangan pemain perniagaan dan pengguna negara.