Artikel

Kekurangan Tenaga Kerja Dorong Malaysia Hilang Hasil RM20 Bilion

Ketirisan tenaga kerja asing dalam sektor ekonomi, ternyata telah membawa kepada kerugian hasil ekonomi sekitar RM20 bilion pada tahun 2022.

Kepincangan itu menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah, dapat dilihat ketara pada kekurangan tenaga kerja dalam sektor komoditi. Antaranya perladangan sawit berdepan kekurangan 63,000 tenaga kerja pada tahun lalu telah merencatkan pengeluaran hasil komoditi.

Maka, adanya kesepakatan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada ketika ini ia akan membantu negara mengukuhkan keperluan pekerja asing melalui usaha pemudahcara Pelan Rekalibrasi PATI Tenaga Kerja 2.0.  bersama pihak Indonesia dan Bangladesh.

Setakat akhir tahun lalu, negara telah menyaksikan pendaftaran 418,649 PATI, manakala 295,425 PATI pula telah kembali ke negara masing-masing melalui Program Rekalibrasi Pulang.

Menyentuh soal penanda aras dalam komoditi minyak sawit mentah, Malaysia akan laksana perbincangan bersama Indonesia pada Februari kelak untuk menjamin pelarasan tersebut berupaya memanfaatkan pasaran negara.