Artikel

Ringgit Naik, Duduki Paras Tertinggi Dalam 9 Bulan

Pada jam 9 pagi hari ini, nilai ringgit dibuka dengan kukuh apabila meningkat kepada 4.2510/2600 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada nilai 4.2575/2675 sewaktu ditutup semalam.

Aliran kenaikan selama tiga kali berturutan ini dilihat berpaut kepada jangkaan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutan AS yang mungkin akan menurunkan kadar faedah daripada 50 mata asas (bps) kepada 25 bps.

Langkah itu dijangka akan dilaksanakan pada akhir Januari ini.

Menerusi kelemahan dolar AS tersebut, pengamatan SPI Asset Management Stpehen Innes menjangkakan pasaran China akan mengukuh dan ini akan menyokong pasaran serantau depani tekanan risiko semasa.

Adanya pembukaan pasaran China, ini akan merangsang nilai mata wang tempatan dan turut merancakkan lagi permintaan pelancong China di negara. Secara langsung menggandakan permintaan perkhidmatan tempatan.

Malah kedudukan negara yang mencatatkan paras pengganguran 3.6%, diikuti tahap inflasi 3.8% telah membawa keyakinan kepada pasaran tempatan untuk mengukuh – menjadikan ia destinasi baik buat pelaburan tempatan.