Artikel

Rakyat Malaysia Perlu Miliki Sekurang-kurangnya RM600,000 – Jika Ingin Bersara

Sekiranya rakyat memiliki perancangan untuk bersara dalam tempoh beberapa tahun mendatang, anda dinasihatkan untuk memiliki sekurang-kurangnya simpanan pencen berjumlah RM600,000 untuk berbuat tindakan sedemikian.

Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ambang tersebut dilihat bersesuaian dengan penduduk bekerja yang berada di Lembah Klang, untuk menampung perbelanjaan mereka di hari tua.

Sementara di luar Lembah Klang pula, diperkira paras simpanan RM500,000 adalah ideal dengan kos sara hidup di kawasan sedemikian.

Meskipun begitu, mengikut data KWSP setakat ini didapati 97% pencarum KWSP yang berusia 55 tahun dan ke bawah tidak memiliki paras simpanan sebanyak RM600,00 untuk bersara.

Hanya 2.6% daripada 13.1 juta pencarum sahaja yang berupaya berpencen kerana telah mencapai ambang simpanan tersebut.

Untuk makluman, penetapan paras RM600,000 ini telah mengambilkira perbelanjaan bulanan bagi para pesara untuk tempoh 20 tahun. Di mana dengan jumlah pesara dapat berbelanja sekitar RM2,500 sebulan untuk menampung kehidupan mereka setelah bersara.

Bagaimanapun perkiraan ini dijangka akan berubah, sekiranya rakyat Malaysia merancang untuk bersara dalam tempoh 20 tahun hingga 30 tahun kelak. Mengikut bahagian strategi KWSP nilai simpanan bersara pada ketika itu dianggarkan memerlukan sekitar RM900,000 sehingga RM1 juta pada akaun simpanan untuk membantu rakyat menampung keperluan hidup.