Artikel

Dividen KWSP Mungkin Lebih Rendah – Bawah 6%

Menjelang pertengahan Februari atau awal Mac 2023 kelak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar agihan dividen kepada semua para pencarum. Mengikut sasaran itu, dijangka kadar dividen tersebut berkemungkinan lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Di mana anggaran agihan sekitar 4.25% hingga 5.25% untuk Simpanan Konvensional, manakala 4.45% hingga 4.95% pula bagi Simpanan Syariah.

Jangkaan awal mengikut pengamatan Pusat Pengajian Ekonomi UUM ini, mengambilkira situasi ekonomi yang masih terkesan disebabkan pemulihan pandemik COVID-19, disusuli pasaran pelaburan semasa serta nilai Ringgit pada perdagangan negara.

Seperti yang umum sedari jangkaan aliran ekonomi dunia yang lebih perlahan pada tahun ini berkemungkinan mengekang kestabilan pasaran pelaburan negara. Ini bermakna, potensi KWSP untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi pada 2023 akan terbatas, disusuli pulangan dividen yang dijangka akan terus menurun disebabkan kesan kos semasa.

Namun sekiranya KWSP mengumumkan aliran dividen antara 5.0% hingga 5.5% bagi kedua simpanan 2022 – ini bermakna ia melepasi paras sasaran pemerhati ekonomi. Menurut tinjauan agihan tersebut mungkin berlaku disebabkan keyakinan pelabur dalam jangka pendek pada perolehan pendapatan daripada pelaburan kasar telah meningkatkan hasil sebanyak RM39.31 bilion pada 9 bulan pertama 2022.

Buat pengetahuan, bagi kadar dividen sebelum ini – KWSP telah mengisytiharkan dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, manakala 5.65% untuk Simpanan Syariah.