Artikel

Johor, Indonesia Ingin Bentuk Jawatankuasa Khas Ekonomi – Perluas Peluang Pelaburan

Dalam usaha meningkatkan peluang ekonomi tempatan, Johor bersama Indonesia kelak merancang menubuhkan Jawatankuasa Khas Ekonomi untuk tingkatkan potensi pelaburan secara bersama bagi kedua wilayah.

Rancangan itu dilihat seiring dengan matlamat Johor untuk menggandakan permintaan dalam sektor pelancongan negeri. Sementara Indonesia pula ingin merancakkan penyertaan pelabur tempatan pada pembangunan Nusantara, yang dijangka selesai pada 2045.

Mengikut kesepakatan awal, disasarkan penerokaan pelaburan ini berpotensi melibatkan usaha dalam bidang infrastruktur, perumahan, pendidikan, kesihatan dan komersial. Setakat ini, difahamkan pelaksanaan rasmi tersebut dilanjutkan pada Februari kelak bersama pentadbiran negeri dan Konsul Jeneral Republik Indonesia.