Artikel

Hasil Pengiklanan Di Twitter Kini Jatuh Lebih 70%

Tidak sekadar miliki kekurangan pekerja di operasi, Twitter juga turut berdepan penurunan jumlah perbelanjaan iklan di mediumnya, apabila diperhatikan sekitar 71% penurunan perbelanjaan iklan Twiter berlaku, sehingga Disember 2022.

Mengikut data Standard Media Index pada laporan Reuters, isu pengurangan ini berlaku selepas penyertaan Elon Musk pada operasi bersama polisi baharu telah merencatkan keyakinan pengiklan global pada Twitter.

Situasi penyusutan hasil itu, dilihat begitu ketara pada November 2022 lalu – di mana seharusnya tempoh tersebut adalah peluang yang baik untuk Twitter meningkatkan hasil iklan namun sebaliknya berlaku, hasil tersebut mulai merundum 55%.

Untuk makluman, jualan iklan sebelum ini menyumbang sekitar 90% daripada hasil Twitter namun setakat akhir Oktober 2022 didapati 14 pengiklan daripada 30 pengiklan teratas telah menghentikan pengiklanan mereka di platform setelah Elon Musk mengambilalih operasi tersebut.