Bagi memastikan matlamat tidak sekadar mencapai sasaran 80% liputan di kawasan berpenduduk, pentadbiran negara dijangka akan mengumumkan pelaksanaan 5G bersama usaha penambahbaikan oleh Digital Nasional Bhd (DNB) akan dilakukan menjelang Mac ini.
Perkongsian Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) itu pada wawancara Ruang Bicara Bernama, menjelaskan langkah itu turut kelak bertindak membantu pengurusan perusahaan syarikat dan kilang berkomunikasi dengan lebih cekap di samping meningkatkan produktiviti perkhidmatan mereka.
Usaha ini sekaligus merancakkan lagi pertumbuhan negara dari semasa ke semasa.
Menyentuh soal keselamatan peribadi dalam ekonomi, KKD turut menzahirkan hasrat untuk menjadikan Jabatan Pelindungan Data Peribadi sebagai jabatan berkanun untuk menangani isu ketirisan melibatkan data masyarakat di masa hadapan.