Artikel

Perak Tutup 27 Anak Syarikat Negeri, Jimatkan Perbelanjaan

Prestasi yang kurang membrangsangkan, sekaligus menjejaskan sumbangan kepada pentadbiran negeri Perak – kini sekitar 27 anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) terpaksa ditutup operasi. 

Langkah itu juga dilihat sebahagian daripada usaha pentadbiran negeri untuk mengurangkan bebanan syarikat induk yang perlu berdepan tekanan kos operasi serta tampungan gaji namun meraih pulangan yang tidak membrangsangkan. Usaha ini juga dilihat sebagai langkah antara penjimatan perbelanjaan pengurusan negeri.

Mengikut makluman matlamat perniagaan bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Perak meletakkan sasaran untuk meraih sumbangan daripada kumpulan ini sebanyak RM100 juta menjelang 2030. 

Susulan itu, setiap GLC terlibat difahamkan telah digesa untuk teliti perancangan pembangunan, bagi membantu perolehan ekonomi negeri Perak.