Artikel

Malaysia Optimis Sedia 500,000 Rumah Mampu Milik, Menjelang 2025

Dasar Perumahan Negara bakal diteliti semula untuk memastikan segala faktor pengurusan kediaman menepati keperluan dan kemudahan semasa awam. Usaha ini turut akan mengambil contoh polisi perumahan yang diterapkan beberapa negara, antaranya seperti Singapura.

Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) percaya langkah ini akan membantu matlamat negara untuk mencapai penyediaan 500,000 rumah mampu milik kepada rakyat negara menjelang 2025 – dapat direalisasikan bersama sokongan persekutuan, negeri dan pemaju swasta.

Aturan itu menurut makluman, akan melibatkan insiatif sedia ada termasuklah garapan inisiatif baharu bagi memudah prosedur perumahan bersama pemaju swasta untuk membangunkan kediaman mampu milik yang berkualiti dan selesa.

Adanya semakan dasar ini, pentadbiran akan menambahbaik keperluan dasar mengikut acuan budaya, adat resam, agama serta senario berbilang kaum di Malaysia. Menerusi gagasan ini, Malaysia berupaya mengikut jejak Singapura yang ketika ini berjaya menyediakan perumahan awam untuk 80% rakyatnya tanpa mengira bangsa.