Peralihan tampuk pimpinan Twitter kepada Elon Musk, kini telah memperlihatkan sekitar 80% pengurangan kakitangan di platform telah berlaku dan ketika ini dianggarkan Twitter sekadar memiliki seramai 1,300 pekerja sahaja.
Mengikut laporan, sebelum peralihan Twitter bernilai $44 billion itu berlaku, platform tersebut memiliki seramai 7,500 petugas – namun situasi semasa mulai berubah apabila Twitter laksana perubahan polisi dan pengurangan perbelanjaan kesan tekanan kos operasi.
Tindakan kawalan perbelanjaan itu dapat diperlihat apabila Twitter mula menghentikan pembayaran sewa ruang pejabat mereka di San Francisco selama berminggu – sebagai langkah mengurangkan perbelanjaan.
Setakat ini difahamkan Twitter masih memiliki seramai 1,400 pekerja yang tidak bertugas namun masih dibayar, selain itu hampir 75% daripada jumlah 1,300 dimaklumkan sedang bercuti termasuklah 40 jurutera platform.
Manakala turut dilaporkan, Twitter memiliki kurang daripada 550 jurutera bersama kurang daripada 20 pekerja sepenuh masa untuk operasi semasa.