Artikel

Bonus Penjawat Awam Akan Dikecualikan Cukai

Hasil semakan dan usul pentadbiran awam negeri ke atas persekutuan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan pengecualian cukai terhadap perolehan bonus penjawat awam – bagi setiap negeri akan diberikan.

Pertimbangan ini dicapai setelah mengambilkira jumlah pengagihan bonus yang dilihat tidak terlalu tinggi dan kurang wajar dikenakan cukai ke atas perolehan tersebut.

Maka keputusan pengecualian cukai pendapatan ini terpakai ke atas seluruh negeri, tidak hanya Sarawak. Selain itu, seiring dengan pendirian Putrajaya terhadap gagasan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pentadbiran negara turut bersetuju menaikkan geran khas Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembagaan ke RM300 juta berbanding RM16 juta sebelum ini.