Artikel

PM Anwar Umum Dana RM1 Bilion, Tingkatkan Kemudahan Sempadan Antara Indonesia

Peruntukan tambahan berjumlah RM1 bilion kini telah dilulus negara di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), bagi membangunkan kemudahan serta menaik-taraf keselamatan di sempadan antara Sabah dan Sarawak bersama Indonesia.

Pembangunan kemudahan itu, meliputi pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ), pos kawalan tentera dan polis, serta penyediaan prasarana jalan raya untuk tingkatkan capaian laluan kedua negara.

Adanya usaha ini mengikut laporan, ia tidak sekadar menambah-baik imej kemudahan negara tetapi turut meningkatkan peluang ekonomi antara kedua pihak – rentetan pembukaan ibu kota Indonesia, Nusantara di Kalimantan kelak.