Artikel

Harga Kereta Dijangka Tidak Naik Secara Mendadak, Sehingga 2025 – MAA

Sokongan pentadbiran untuk kekalkan nilai pasaran terbuka (OMV) duti eksais bagi kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dilihat akan membantu sektor automatif untuk tidak menaikkan harga kereta secara mendadak sehingga 2025.

Langkah itu menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sekaligus melegakan kembimbangan industri akan kesan jualannya pada pasaran negara.

Meskipun akui, OMV duti eksais bukanlah satu-satunya komponen yang akan membantu industri melandaikan kenaikan harga – namun pelarasan ini kekal membantu sektor automotif memperlahankan paras kenaikan dari semasa ke semasa.

Selain itu, MAA turut melihat potensi kenderaan elektrik (EV) negara akan terus melonjak pada tahun ini, namun usaha tersebut perlu disokong secara berterusan melalui insentif duti import dan eksais yang ditawarkan pentadbiran negara. MAA mengharapkan insentif pengecualian sedemikian dilanjutkan sehingga 2030 – bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna dalam pasaran.