Artikel

Intel Bakal Perkukuhkan Pelaburan Di Malaysia

Intel, pengeluar semikonduktor terbesar dunia kini terus memperluaskan jejak jenamanya di pasaran negara, apabila memaklumkan komitmen pelaburan berjumlah RM70 bilion dalam tempoh 10 tahun akan dilaksana kelak – ini merangkumi pengembangan operasi di Pulau Pinang dan Kulim, Kedah.

Aturan ini sekaligus bakal mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan di Intel bersama lebih 5,000 pekerjaan pada tenaga pembangunan operasi.

Menurut perkongsian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), usaha ini akan dilanjutkan tidak hanya bersama Intel, bahkan turut melibatkan penyertaan jenama lain di Malaysia. Setakat ini, pengeluar besar yang turut menyatakan komitmen yang sama adalah P&G.

Berbalik kepada pelaburan Intel ini, penyertaannya di Malaysia untuk makluman – telahpun wujud sejak 1972 dan ia menjadi antara jenama perintis meneroka peluang pelaburan bersama industri elektrik dan elektronik negara.

https://twitter.com/tzafrul_aziz/status/1615970696815083520