Dalam tempoh sebulan, secara puratanya memperlihatkan rakyat Malaysia yang miliki pendapatan di tahap minimum – perlu membelanjakan sekitar RM405.46 wang gaji mereka, hanya untuk penuhi tuntutan barangan asas.
Jumlah perbelanjaan itu membawa kepada penggunaan sekitar 30.6% daripada gaji mereka.
Tinjauan Picodi ini mengambilkira data purata gaji minimum yang dimiliki rakyat berdasarkan data rasmi negara adalah sekitar RM1,323 sebulan. Angka ini dilihat telah meningkat berbanding data Januari 2022 yang memperincikan paras purata gaji minimum pekerja negara sekitar RM1,052 sebulan.
Meskipun akui terdapat peningkatan kos semasa, Picodi berlandaskan tinjauan harga di pasaran – pihaknya melihat kenaikkan gaji di Malaysia lebih cepat berbanding kenaikan harga barangan. Situasi ini menjadikan Malaysia duduki tempat ke-5 daripada 67 negara pada peningkatan gaji minimum antara Januari 2022 hingga Januari 2023.
Untuk makluman, ini perincian jumlah perbelanjaan asas yang didapati Picodi dalam kalangan rakyat negara bergaji minimum;
- Beras RM7.76 bagi 1.5kg
- Telur RM10.75 bagi 20 biji
- Roti RM35.10 bagi 10 keping
- Susu RM69.90 bagi 10 liter
- Ayam, daging lembu RM151.20 bagi 6kg
- Buah-buahan RM51.20 bagi 6kg
- Sayuran RM31.67 bagi 8kg
Sekiranya dilihat pada jumlah kos barang asas itu, untuk negara serantau – tekanan kos rakyat Malaysia lebih tinggi, berbanding dengan Filipina ($141), Vietnam ($162), Indonesia ($173) dan Thailand ($195).