Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini (19 Januari) mengumumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikekalkan pada paras 2.75% seperti sebelum ini.
Keputusan ini dicapai hasil semakan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) melihat usaha ini berupaya melandaikan tekanan kos semasa, di samping membantu aliran pemulihan ekonomi dapat diseimbangkan.
Untuk Malaysia, meskipun terdapat jangkaan berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun ini – pertumbuhan negara dijangka mencapai sekitar 4%. Ia sedikit perlahan namun masih membrangsangkan. Sementara pasaran buruh pula dijangka akan alami pengukuhan dengan kadar 3.5%.
Manakala untuk ekonomi global dijangka penerapan kadar faedah yang lebih tinggi akan terus berlaku, kesan ketidakseimbangan semasa ditambah gangguan perdagangan bersama China. Faktor sedemikian berpotensi mengekalkan paras inflasi teras melebihi tahap purata yang dicatatkan sebelum ini.
Bagi keseluruhan tahun 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka sederhana namun kekal pada tahap yang tinggi berikutan tekanan permintaan dan kos yang berlarutan. Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada serta lebihan kapasiti dalam ekonomi pula dilihat akan terus membantu negara mengatasi inflasi dari terus meningkat.
Adanya langkah BNM mengekalkan keputusan OPR ini, ia membolehkan MPC menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif memandangkan kesan sela masa (lag effect) dasar monetari terhadap ekonomi.
Melihat pada risiko ini, diharap para peminjam memanfaatkan pengekalan OPR ini untuk perbaiki aliran perbelanjaan pinjaman. Ini kerana berdasarkan pengamatan Rnggt, terdapat potensi kenaikan OPR negara bakal berlaku pada Mac 2023 dan Mei 2023 kelak.
The Overnight Policy Rate (OPR) is maintained at 2.75% today. Read our official statement here: https://t.co/gRzgDWULlH
Please visit our FAQs to learn more about monetary policy, including the OPR: https://t.co/Xm9loEQZoy. #MPC #OPR #BNM #monetarypolicy #dasarmonetari pic.twitter.com/ne3GryygXA
— Bank Negara Malaysia (@BNM_official) January 19, 2023