Dalam usaha meringankan tekanan kos dan keruncingan nilai hutang, Twitter dimaklumkan dalam perancangan untuk memberhentikan sejumlah pekerja dalam beberapa minggu mendatang.
Mengikut laporan Reuters ini, notis tersebut dilihat bercanggah dengan matlamat Twitter yang memaklumkan tidak akan laksana sebarang pemberhentian pekerja setelah tindakan tersebut dilaksanakan pada tahun lalu.
Sekiranya rancangan ini benar direalisasikan, ini berpotensi membawa kepada pengurangan pekerja syarikat di bawah 2,000 petugas. Setakat ini difahamkan sekitar 50 kakitangan di bahagian media sosial bakal terkesan daripada pelan tersebut.
Namun begitu, Elon Musk pada makluman tidak memberi maklum-balas berhubung pelaporan yang dikongsikan sumber syarikat ini.