Artikel

Maybank, Perodua Sedia Akses Kewangan Digital – Bantu Pengedar Perluas Pasaran

Maybank terus memperluaskan jejak jenama di pasaran negara, apabila kini mengatur langkah bersama  Perodua Рmenyediakan akses kewangan digital kepada pengguna melalui platform M2e.

Inisiatif ini menurut Maybank akan menawarkan sokongan kewangan tambahan melalui pakej pembiayaan bernilai hampir RM400 juta kepada perkembangan Perodua di pasaran negara. Ia juga turut akan menawarkan akses pembiayaan dan perkhidmatan sehenti di seluruh rantaian bekalan kepada peniaga dan pelanggan Perodua.

Sebagai perincian, usaha ini menyertakan kemudahan kredit jangka pendek bagi pembiayaan kenderaan, kredit tetap bukan pusangan sewa beli, kemudahan kad kredit peniaga serta akses pengurusan tunai. Perkongsian ini juga akan menyepadukan sistem operasi jualan Perodua bersama platform M2e dengan memudahkan penyesuaian automatik pembayaran stor antara Perodua bersama pengedarnya.

Maka usaha tersebut akan membantu peniaga Perodua memberi tumpuan yang lebih mampan pada pembangunan perniagaan dan jualan operasi Perodua di pasaran.

Berdasarkan sasaran awal, kedua pihak menjangkakan bahagian pasaran pembiayaan sewa beli Perodua pada tahun ini akan melebihi 30%, lebih tinggi berbanding perolehan 24% tahun sebelumnya.