Artikel

Pengguna Kini Boleh Bekukan Akaun Bank Secara Terus – Pada Aplikasi CIMB Clicks, CIMB OCTO

Sekiranya para pengguna mendapati berlakunya sebarang transaksi luar biasa atau mencurigakan pada akaun bank mereka – CIMB kini membenarkan para pengguna ‘membeku’ ID akaun bank secara terus pada aplikasi CIMB Clicks dan CIMB Octo.

Ini bermakna, menerusi ciri yang dikenali sebagai ID Lock Clicks – ia akan membantu para pengguna untuk keluar daripada akaun perbankan mereka secara terus dan sebarang transaksi baharu tidak akan dapat dijalankan. Langkah ini menurut CIMB akan membantu pengguna menghentikan serta-merta sebarang aktiviti mencurigakan dalam akaun pengguna.

Usaha tersebut dilihat selari dengan matlamat Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mempertingkatkan ciri keselamatan perbankan bersama pengguna.

Maka, semua pengguna mulai 16 Januari lalu telah boleh mengaktifkan ID Lock Clicks ini secara terus pada aplikasi CIMB Clicks dan CIMB OCTO. Berikut adalah langkah pengaktifan ciri tersebut buat rujukan para pengguna;

CIMB Clicks

CIMB OCTO