Artikel

Tol Percuma Diberi Kepada Pengguna Mulai 20-21 Januari Ini

Bersempena meraikan Tahun Baru Cina pada minggu hadapan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mengumumkan pengecualian tol kepada semua jenis kenderaan di seluruh negara – mulai 20 Januari dan 21 Januari ini.

Menerusi kerjasama di bawah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya bersama konsesi lebuhraya – usaha tersebut akan melibatkan sejumlah tampungan RM40 juta oleh negara.

Oleh itu, melalui pengecualian ini ia secara langsung dapat memberi penjimatan kepada para pengguna untuk memulakan perjalanan, pulang meraikan sambutan Tahun Baru Cina di seluruh negara. Maka atur perjalanan anda dengan bijak untuk menghindari sebarang kesesakan pada tempoh cuti ini.