Artikel

Kad Prabayar VISA TNG Kini Dilancarkan – Benarkan Pengguna Laras Transaksi Pada Aplikasi

Seperti yang dikongsikan pada akhir 2022 lalu, hari ini Touch ‘n Go eWallet secara rasminya melancarkan kad prabayar VISA bersama pengguna. 

Untuk makluman sejak akhir Disember 2022, sejumlah pengguna telah mula diberi akses untuk laksana tempahan kad prabayar VISA pada aplikasi TNG eWallet. 

Dengan kemudahan kad fizikal ini, ia secara langsung membolehkan pengguna laksana pembayaran pada terminal-terminal pembayaran di seluruh kedai melibatkan 80 juta terminal pembayaran di seluruh dunia, secara atas talian mahupun fizikal.

Tidak hanya itu kad prabayar Visa ini juga turut membenarkan pengguna mengeluarkan baki melalui mesin ATM yang menyokong pengeluaran melalui kad VIsa di seluruh cawangan.

Lebih menarik pada perkongsian sidang sebentar tadi, pihak TNG memaklumkan kad fizikal ini juga tersedia secara kad maya di aplikasi dan untuk kad fizikal pula tidak memiliki nombor siri pengguna. Ini bermakna, ia tidak sekadar menjamin keselamatan kad pengguna secara digital tetapi turut memudahkan pertukaran kad fizikal dilaksana sekiranya berlaku isu keciciran.

Malah menurut TNG eWallet pengaktifan kad juga boleh diselaraskan melalui aplikasi seperti pembayaran bil secara automatik, pengaktifan pembayaran tanpa sentuh dan beberapa ciri lain.

Bagi tindakan lanjut, para pengguna boleh memuat turun aplikasi TNG eWallet dan klik pada bahagian VISA Card untuk perolehan kad prabayar Visa anda.