Artikel

TikTok : Hampir 50% Pengguna Malaysia Sokong Produk Peniaga Makanan Melalui Saranan Medium

TikTok, medium media sosial antarabangsa ketika ini tidak lagi sekadar menjadi platform hiburan video durasi pendek semata-mata, dalam kalangan para pengguna. Namun ia mula diperluas sebagai medium pencarian buat para pengguna seluruh dunia – melibatkan pencarian pengetahuan, tempat menarik dan perolehan pelbagai produk.

Tahukah anda, menerusi tinjauan Milieu – pengguna TikTok Malaysia menjadikan medium ini sebagai saluran alternatif untuk mereka mengetahui lebih banyak produk dan perkhidmatan? Dan didapati sekitar 64% pengguna Malaysia mencari tempat makanan melalui TikTok.

Susulan pencarian itu, sekitar 48% pengguna TikTok Malaysia akui menyokong dengan melawati dan membeli produk makanan peniaga tempatan tersebut, disebabkan saranan dan ulasan platform.

Selain produk makanan, segmen produk perhiasan fesyen (28%) dan kediaman (29%) turut menjadi pilihan pembelian para pengguna negara disebabkan TikTok. Buat pengetahuan umum, sokongan ini merangkumi tindakan pencarian di medium sahaja, tidak meliputi bahagian TikTok Shop.

Selain Malaysia, pengguna negara Singapura dan Vietnam turut laksana tindakan sokongan yang sama pada produk makanan di pasaran mereka.