Kedudukan hutang Malaysia ketika ini diperhatikan telah melebihi 80% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dengan mencecah hampir RM1.2 trilion.
Lebih membimbangkan sekiranya ia merangkumi liabiliti, jumlah tersebut berupaya mencapai RM1.5 trilion.
Menurut kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, merangkap Menteri Kewangan negara pada sidang Majlis Dialog Belanjawan 2023 – usaha selanjutnya wajar disegerakan pentadbiran negara untuk membendung paras hutang yang lebih tinggi daripada berlaku.
Seperti yang umum sedari, sebelum terdapat jangkaan Kenangan Investment Bank bahawa paras hutang kerajaan berpotensi naik sehingga 61.8% pada tahun ini. Sasaran itu disebabkan keperluan negara untuk melanjutkan pelan subsidi dan menyambung semula projek pembangunan.
Melihat pada situasi ini, pengembangan perbelanjaan Malaysia dijangka berlaku pada belanjawan kelak. Bagaimanapun had statutori hutang negara kekal disasarkan di bawah 65%.