Artikel

Bantuan Tunai B40 Kini Diawalkan Mulai 17 Januari – Isi Rumah RM300, Bujang RM100

Bagi meringankan bebanan kos sara hidup golongan B40 negara, pentadbiran kini mengumumkan bantuan tunai menerusi agihan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) –  di mana seramai 8.7 juta golongan akan menerima bantuan tunai tersebut secara berperingkat mulai 17 Januari.

Agihan bernilai RM1.67 bilion ini menurut Jabatan Perdana Menteri akan disalurkan secara berperingkat. Untuk fasa pertama :

  • 4.0 juta isi rumah akan menerima RM300
  • 1.2 juta warga emas tiada pasangan akan menerima RM100
  • 3.5 juta individu bujang pula akan menerima RM100

Pengagihan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank pengguna mengikut senarai penerima yang telah berdaftar di bawah pangkalan bantuan tunai B40 sedia ada di bawah Kementerian Kewangan (MOF).

Sementara pengguna yang tidak memiliki akaun bank – boleh mendapatkan bantuan tersebut secara terus pada cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran mulai esok.