Bagi memastikan aturan perjalanan lebih efektif, Grab Malaysia kini menyelaraskan kadar tambang khidmat seru-pandunya selari dengan tahap kesesakan lalu lintas semasa negara.
Ini bermakna bermula hari ini (16 Januari) terdapat perubahan tambang dapat diperlihat dalam beberapa komponen tambang Grab – antaranya peningkatan tambang per minit kini dinaikkan kepada RM0.43 berbanding sebelum ini RMRM0.20, diikuti tambang per km pula menurun kepada RM0.25 berbanding RM0.70.
Sementara kadar tambang asas dan minima masih lagi sama, di paras RM2.00 dan RM5.00. Menerusi perubahan itu, Grab menegaskan tambang keseluruhan masih dikitaran sama, tetapi akan berlaku peningkatan susulan masa tempahan bertambah.
Manakala kadar tambang melibatkan perjalanan ke KLIA tidak akan berubah. Bagi perincian lanjut, boleh merujuk pada jadual di bawah;