Artikel

GHL Kini Membolehkan Grab PayLater Diguna, Pada Pembayaran Kedai Fizikal

GHL kini membolehkan pengguna, memanfaatkan fungsi Grab PayLater bersama premis fizikal peniaganya dengan aturan secara ansuran bersama faedah 0%.

Menerusi perkongsian ini ia secara langsung meningkatkan kuasa beli pengguna, di samping dapat membantu segelintir kumpulan menstrukturkan perbelanjaan mereka secara pembayaran ansuran, untuk memastikan aliran tunai lebih efektif.

Selain produk Senheng, penggunaan ini turut dapat digunakan pada fasiliti seperti All IT Hypermarket dan Astro GS.

Buat pengetahuan, setakat ini lebih 3.57 juta pengguna Grab telah menerima tawaran akses PayLater pada pelbagai medium.