Artikel

Kampung Nirtunai Pertama Kini Dilancarkan – Hong Leong Bank

Bersama sokongan antara Hong Leong Bank dan Payments Network Malaysia, kini penampilan Kampung Nirtunai (tanpa tunai) pertama dilaksanakan di Malaysia iaitu di Sekinchan, Selangor.

Pengenalan yang selari dengan kempen Visit Sekinchan 2023 ini, dilihat tidak sekadar meningkatkan aliran perniagaan domestik ke arah digital tetapi turut memberi kemudahan akses buat pelancong bandar dan luar negara, yang hadir pada lokasi. Menerusi pengenalan itu, para pengguna boleh menggunakan kod QR ketika berbelanja di Sekinchan.

Akses itu secara langsung turut membuka peluang kepada penduduk setempat untuk meneroka peluang perniagaan bersama manfaat ekonomi digital. Di samping merancakkan semula aliran perbelanjaan pelancong ke pasaran tempatan negara.

Didapati ketika ini, sekitar 24,000 penduduk setempat telah mula menerima manfaat nirtunai pada kemudahan perbankan dan perniagaan mereka.