Selangor dalam beberapa tahun mendatang, rancang untuk memiliki sebuah bandar metropolitan hasil gabungan empat bandar rayanya – yang terdiri daripada Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya dan kelak Klang.
Jangkaan menjadikan Klang sebagai bandar raya dalam tempoh 2 tahun ini, akan membawa kepada perluasan kesinambungan bandar di dalam Selangor. Ini secara langsung meningkatkan lagi ciri metropolis pada segmen ekonomi negeri.
Mengikut laporan SelangorKini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menjelaskan untuk Selangor memiliki bandar metropolitan ia perlu memenuhi kriteria seperti jumlah kepadatan penduduk dan keperluan kemudahan tertentu. Klang ketika ini memiliki cabaran untuk diangkat selaku bandar raya, susulan sekitar 30% kawasan itu masih dikategorikan sebagai kampung dan penambah-baikan kemudahan pada lokasi itu dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh 2 tahun ini.
Setakat ini, usaha pembentukan metropolis tersebut dijangka dapat dicapai dalam tempoh 6-7 tahun mendatang menjelang 2029.