Setelah memperlihatkan penurunan drastik sepanjang tahun 2022 lepas, kini pelbagai kriptowang memperlihatkan peningkatan drastik kembali dari segi nilai, dan turut diterajui oleh Bitcoin.
Melalui pengamatan menggunakan aplikasi Luno, kesemua kriptowang memperlihatkan peningkatan positif pada minggu ini. Bitcoin dilihat melepasi paras harga RM88,000, sementara Ethereum pula melepasi paras harga RM6,500. Cardano dan Solana juga turut memperlihatkan peningkatan dari segi nilai harga.
Peningkatan nilai kriptowang ini juga dikaitkan selari peningkatan saham-saham syarikat teknologi lain pada peringkat global.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada momentum ini akan dikekalkan atau sebaliknya.