Artikel

Thailand Rancang Kenakan Caj Yuran Terhadap Pelancong – Mulai Jun Ini

Untuk memperkasakan sektor pelancongan, Thailand kini dalam pertimbangan mengenakan caj 300 baht ke atas kemasukan pelancong asing – mulai Jun kelak.

Hasil kutipan caj tersebut dimaklumkan akan digunapakai untuk membangunkan destinasi pelancongan serta sebagai tampungan membantu pelancong – sekiranya berlakunya kecemasan dalam tempoh melancong.

Malah pengenaan kos ini hanya tertakluk kepada pelancong asing sahaja, tidak pada warga asing yang memiliki permit kerja atau pas sempadan.

Bagaimanapun, usul tersebut masih lagi dalam perbincangan pentadbiran dan hanya akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan kabinet.

Menurut Kementerian Pelancongan Thailand, sekiranya usul ini dapat direalisasikan – ia secara langsung akan membantu pentadbiran negara merancakkan perolehan hasil bersama jangkaan kemasukan pelancong asing sekitar 25 juta pelancong dengan sasaran jumlah perbelanjaan sekitar 2.38 trilion baht.