Artikel

Sabah, Sarawak Kini Berstatus Wilayah – Tidak Lagi Negeri

Sabah dan Sarawak kini telah alami perubahan status, tidak lagi diklasifikasikan sebagai negeri tetapi sebagai Wilayah.

Makluman Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ini – memperincikan perubahan tersebut adalah seiring dengan langkah Indonesia yang telah memindahkan ibu kotanya ke Kalimantan Timur – ini secara langsung menjadikan kedua wilayah sebagai lokasi potensi untuk pertumbuhan yang lebih strategik.

Melalui usaha ini, mengikut laporan Bernama pentadbiran negara disasar akan menyegerakan langkah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk meningkatkan lagi pembangunan ekonomi negara.

Menerusi perubahan status ini, tiada perincian lanjut yang dilaksana oleh TPM Zahid – namun berdasarkan peranan tiga Wilayah Persekutuan negara ketika ini, ia mentakrifkan Kuala Lumpur selaku ibu negara rasmi, sementara Labuan pula bertindak selaku pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa manakala Putrajaya pula sebagai hab pentadbiran persekutuan.