Kritikan pemegang saham Apple yang menginginkan insentif pampasan Tim Cook lebih sejajar dengan pertumbuhan semasa, kini Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple itu bersetuju melaraskan potongan pendapatannya lebih 40% sepanjang tahun ini.
Ia bermakna pelarasan ini akan mengurangkan pampasan Tim Cook kepada $49 juta bagi 2023 daripada $84 juta untuk tahun sebelumnya.
Maka sebagai sebahagian daripada perubahan menurut CNBC, peratusan unit saham yang diberikan kepada Tim Cook bersama perolehannya berasaskan prestasi Apple – akan meningkat kepada 75% pada 2023 daripada 50%.
Setakat tahun lalu, Tim Cook telahpun menerima jumlah pampasan sebanyak $99.42 juta, termasuk gaji pokok, geran saham dan insentif, berbanding $98.73 juta yang diterimanya pada 2021, dan $14.77 juta pula adalah perolehan pada 2020.
Perolehan tersebut untuk makluman merangkumi $3 juta sebagai gaji pokok, $82.99 juta adalah pengumpulan saham, dan pampasan pelan insentif bukan ekuiti pula sebanyak $12 juta.