Artikel

Awal Tahun Ini, Lebih 1,600 Pekerja Firma Kriptowang Telah Diberhentikan

Seketika firma kriptowang mengukuhkan kembali prospek pertumbuhan mereka, didapati dalam tempoh dua minggu pertama lebih 1,600 pekerja dalam industri ini diberhentikan.

Langkah pembuangan pekerja ini merangkumi tindakan dari firma Coinbase Global, Blockchain.com, Genesis, Huobi, Silvergate Capital dan ConsenSys.

Situasi ini berlaku rentetan faktor permasalahan hutang dalaman, ketirisan deposit, kerugian aset membawa kesan kepada kejatuhan keyakinan pengguna pada aliran kriptowang. Malah menurut laporan Bloomberg, faktor kelembapan ekonomi bersama persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi di AS juga turut meningkatkan lagi sentimen risiko pada pasaran kripto.

Ia secara langsung menggandakan lagi langkah pemberhentian pekerjaan di seluruh industri ekonomi termasuk firma kriptowang. Mengikut pengamatan, ini antara pembuangan pekerja kriptowang yang berlaku seawal tahun ini;

  • Blockchain.com telah membuang sekitar 110 pekerja
  • Coinbase, seramai 950 pekerja telah diberhentikan
  • ConsenSys merancang membuang lebih 100 pekerja
  • Genesis lebih 60 pekerja terkesan
  • Huobi merancang membuang lebih 200 pekerja
  • Silvergate Capital membuang 200 pekerja