Artikel

Subsidi Petrol Bersasar, Berpotensi Dilaksanakan Pada Separuh Kedua 2023

Berikutan ekonomi Malaysia pada tahun ini lebih perlahan, dengan sasaran pertumbuhan 4% – langkah kerajaan untuk melaksanakan pelan subsidi petrol bersasar berpotensi berlaku hanya pada separuh kedua 2023.

Mengikut pemerhatian Standard Chartered Research ini – selain aliran ekonomi dunia lebih lembap, faktor tekanan inflasi utama Malaysia juga dilihat akan berlegar sekitar 3.1% pada tahun ini.

Pihaknya menjangkakan sekiranya harga minyak mentah Brent sekitar $100 setong dan hanya 20% daripada pengguna RON95 disasarkan, maka Indeks Harga Pengguna (IHP) utama berpotensi meningkat kepada 0.9% daripada jumlah harga baharu yang akan dikenakan pada separuh kedua. Susulan itu tindakan pelarasan subsidi bahan api ini berkemungkinan berlaku pada separuh kedua kelak.

Selain usaha melaksanakan subsidi petrol bersasar ini, SC turut melihat peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR) boleh melonjak ke 3.25% pada tahun ini bersama peningkatan gaji dalam beberapa sektor ekonomi negara.