Artikel

AirAsia Ride Bakal Tembusi Pasaran Singapura, Mulai Jun 2023

Setelah mengukuhkan segmen penawaran kerja tetap dalam kalangan rakan pemandu di negara, AirAsia Ride memaklumkan ketersediaannya untuk memasuki pasaran Singapura menjelang Jun 2023.

Pelancaran perkhidmatan itu menurut Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif pada sidang hari ini akan dilaksanakan setelah perolehan lesen perkhidmatan tersebut di raih melalui pengawalselia Singapura. 

Dijangka AirAsia bakal memiliki kelulusan tersebut pada suku pertama ini. 

Berdasarkan pelan itu, AirAsia Ride meletakkan sasar untuk menerokan pasaran Filipina pula selepas Singapura. Langkah ini adalah maklumbalas kumpulan berhubung peningkatan permintaan khidmat seru-pandu di rantau Asia