Ekoran larangan import dan pengenalan peraturan penebangan hutan baharu yang dikuat kuasakan oleh Kesatuan Eropah (EU), Malaysia kelak berpotensi pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada EU.
Langkah ini menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah adalah tindak-balas negara kepada respon negatif EU ke atas industri minyak sawit. Ini kerana peraturan sedemikian boleh menafikan kemajuan pada industri sawit.
Peraturan itu mencadangkan komoditi seperti minyak sawit, koko, kayu, kopi, dan soya yang diusahakan pada tanah yang mengalami penebangan hutan akan diharamkan daripada memasuki pasaran EU.
Pihak negara kekal menegaskan kualiti produk yang dihasilkan telah memenuhi dan mengikuti piawaian antarabangsa berlandaskan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) serta Kelestarian Minyak Sawit (RSPO). Maka sewajarnya tidak berbangkit sebarang kesan buruk dalam penghasilan produk ke persekitaran.
Susulan situasi itu mengikut laporan, negara bakal laksana perbincangan bersama rakan pengeluar lain seperti Indonesia dan Thailand – untuk tangani kesulitan industri melibatkan EU. Melalui pelarasan secara bersama, ini akan membantu produk sawit negara menghentikan dakwaan tidak berasas EU ke atas industri sawit tempatan.
Buat pengetahuan umum Malaysia antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia. Sementara Eropah pula pengimport ketiga terbesar minyak sawit negara dengan sumbangan 9% daripada jumlah eksport.