Artikel

Selangor Mungkin Akan Kuat-Kuasakan Pelitup Muka – Jika Kes COVID-19 Naik

Sepertimana yang ingin dilaksanakan pentadbiran Melaka, negeri Selangor ketika ini terdapat pertimbangan untuk meneliti kembali kewajipan pemakaian pelitup muka – sekiranya kes COVID-19 kembali meningkat.

Setakat ini pihaknya masih melaksanakan pemantauan secara berkala akan aliran penularan wabak. Tidak hanya pertimbangan pelitup muka, bahkan penjarakan fizikal turut mungkin dipertimbangkan.

Bagi mengukuhkan lagi perolehan data, pihak negeri bercadang untuk mewajibkan penggunaan aplikasi SELangkah untuk memudahkan penjejakan kontak rapat warga negeri.

Buat masa ini, pihak negeri menyarankan semua pihak untuk mendapatkan dos penggalak ketiga, didapati kurang 2% telah mendapatkan dos tersebut. Angka itu dilihat jauh lebih rendah berbanding dos penggalak pertama (95%) dan kedua (50%).