Artikel

Capital A Optimis Akhiri Status PN17, Pada Hujung Tahun Ini

Selepas AirAsia X disenaraikan sebagai syarikat PN17 sejak Januari 2022, Capital A kini optimis memaklumkan bakal mengakhiri status tersebut pada penghujung tahun ini.

Sasaran itu merangkumi jangkaan pemulihan permintaan penerbangan negara dalam kalangan pengguna domestik dan antarabangsa bagi tahun 2023. Aliran itu dilihat akan memperkukuhkan kedudukan AirAsia di pasaran kelak.

Tidak hanya pemulihan tersebut, AAX turut dimaklumkan akan mengumumkan pelan regulisasinya kepada Bursa Malaysia Securities pada bulan Januari 2023, diikuti dengan penyerahan rancangan secara rasmi untuk kelulusan antara bulan Februari-April 2023 ini.

Selanjutnya mengikut laporan dijangka penyelesaian pelan penstrukturan ini dapat dicapai menjelang bulan Julai 2023 kelak.

Buat pengetahuan umum – PN17, atau Nota Amalan (Practice Note) 17/2005 adalah suatu aturan yang ditetapkan Bursa Malaysia terhadap kumpulan syarikat yang bermasalah dari aspek kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

Untuk makluman ini antara ciri membawa kepada klasifikasi PN17;

  • Dana pemegang saham syarikat kurang daripada 25% daripada jumlah modal berbayar
  • Penerima telah dilantik untuk mengawal aset syarikat
  • Penggulungan beberapa anak syarikat mereka dan syarikat bersekutu
  • Juruaudit telah memberikan kenyataan negatif atau tidak seimbang tentang syarikat
  • Tidak patuhi faedah pinjaman dan pembayaran balik hutang syarikat
  • Syarikat telah menangguhkan atau menghentikan operasi
  • Syarikat tidak memiliki perniagaan ataupun operasi yang signifikan