Artikel

Hutang Kerajaan Berpotensi Naik Kepada 61.8%

Bagi memastikan ekonomi negara terus kukuh, pentadbiran Malaysia disasar akan melanjutkan langkah subsidi serta penyambungan semula projek pembangunan. Aturan itu sekaligus menuntut keperluan pengembangan perbelanjaan negara pada pembentangan belanjawan tidak lama lagi.

Ekoran itu, terdapat jangkaan bahawa paras hutang kerajaan bakal meningkat mencapai 61.8% pada tahun ini.

Walaupun had statutori hutang negara disasar kekal di bawah 65%, menurut Kenanga Investment Bank langkah peningkatan hutang ini kemungkinan berlaku dengan aturan terbitan bon kasar kerajaan yang lebih tinggi sekitar RM178 bilion pada 2023.

Bon kerajaan akan menjadi instrumen membantu negara menampung perbelanjaan dan pembayaran hutang. Secara amnya ia berfungsi selaku pinjaman daripada para pelabur.

Pada makluman nota penyelidikan itu juga turut menyasarkan defisit fiskal negara akan mengecil sekitar 5.0% kepada RM97 bilion berbanding tahun lalu dan kerajaan akan memiliki ruang pinjaman fiskal sebanyak RM135.3 bilion sebelum melepasi had statutori hutang semasa.