Walaupun tahun ini, kedudukan pasport Malaysia alami sedikit penurunan – kualiti pasport negara berjaya menempatkan kedudukan di tangga 14 buat penggunaan warga dunia dalam senarai Henley Passport Index 2023.

Kedudukan ini memperincikan pasport Malaysia menawarkan akses tanpa visa ke 179 buah negara dan keperluan visa bagi 48 buah negara di seluruh dunia. Seterusnya kedudukan mengikut peringkat Asia Tenggara pula dilihat Malaysia di tangga kedua selepas Singapura (2).
Diikuti Brunei di tangga 23, Thailand (68), Indonesia (75), Filipina (78), Vietnam (88), Kemboja (89) dan Myanmar (96).
Manakala bagi carta keseluruhan dunia terus memperlihatkan Jepun ungguli tempat pertama, Singapura (2), dan Korea Selatan (3) – buat pengetahuan umum ketiga negara ini menyediakan akses tanpa visa ke 193 dan 192 buah negara. Sementara Jerman (4) dan Sepanyol (5) pula menawarkan akses tanpa visa ke 190 buah negara.
Buat pengetahuan umum, ini senarai negara bagi akses tanpa visa;

