Setelah melalui fasa pemulihan pada tahun 2022, pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini dijangka lebih perlahan dengan jangkaan perkembangan sekitar 4.0%.
Sasaran Bank Dunia pada prospek ekonomi global bulan ini menjelaskan situasi ini berlaku susulan aliran eksport ke pasaran utama dijangka lebih rendah. Seperti yang kita ketahui pasaran utama seperti AS, China dan Kesatuan Eropah telah memberi gambaran bahawa permintaan pasaran akan lebih perlahan ekoran tekanan inflasi dan kadar faedah dunia.
Untuk makluman selain Malaysia, pasaran Kemboja, Mongolia dan Vietnam yang turut berpaksikan kepada permintaan eksport dan komoditi dunia – dijangka akan alami kesan yang tinggi susulan aliran ekonomi semasa.
Malah pada tinjauan itu, pertumbuhan Malaysia dilihat jauh lebih rendah berbanding negara jiran seperti Filipina (5.4%), Vietnam (6.3%) dan Indonesia (4.9%). Sementara Thailand pula disasarkan capai sekitar 3.6%.