Peningkatan pengguna pada platform TikTok, dilihat telah dimanfaat sebaik mungkin pada segmen TikTok Shop – apabila nilai jualan dagangan tersebut untuk pasaran Asia Tenggara kini menyumbang kepada $4.4 juta sepanjang 2021.
Lonjakan ini menurut makluman, Sebahagiannya telah disumbangkan oleh Indonesia dengan 26%, diikuti Thailand (12%) dan Vietnam pula 8%.
Malah didapati setakat Julai 2022, penyertaan pengguna TikTok berusia 18 tahun ke atas dengan jumlah 265 juta pengguna telah disumbang oleh Indonesia, Vietnam, Filipina, Thailand dan Malaysia. Peningkatan ini sekaligus akan merancakkan lagi perolehan TikTok Shop pada hasil 2022 kelak.
Untuk makluman bagi peringkat Asia Pasifik, TikTok Shop kekal meletakkan sasaran untuk perolehi $1 trilion pada pasaran tersebut. Di mana 67% hasil tersebut akan disumbang oleh Jepun, Korea Selatan dan Indonesia menjelang tahun 2025 kelak.