Artikel

TahfizPay – Kini Mudahkan Komuniti, Organisasi, Masjid Raih Kutipan Dana Secara Nirtunai

Selari dengan perubahan medium pembayaran, TahfizPay kini mula dilancar pada pasaran negara bagi tujuan memperkasakan pilihan saluran sumbangan secara nirtunai kepada infrastruktur dan institusi pendidikan Islam negara.

Melalui sokongan di bawah HerePay bersama Yayasan Tahfiz Annisa ini, ia akan memberi akses kepada komuniti, kumpulan masjid dan organisasi Islam melaksana kutipan dana secara nirtunai bersama TahfizPay. 

Tidak sekadar tertumpu kepada kutipan derma, medium ini turut menyediakan ciri kutipan yuran dan keahlian mengikut keperluan organisasi. Menurut perkongsian HerePay bersama Rnggt, medium ini menerima pelbagai sokongan bank untuk aliran pembayaran.

Lebih menarik turut disertakan fungsi invois automatik bagi membantu memudahkan komuniti dan organisasi mengurus serta merekod kutipan dana dengan lebih teratur.

Setakat ini, berdasarkan aspek pendidikan – TahfizPay telah meraih penyertaan Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia(GAPIM) dan Permata AQ yang menaungi 2000 sekolah dan 200,000 pelajar di seluruh negara. 

Menerusi usaha ini, ia tidak sekadar meningkatkan akses kutipan dana pada institusi tetapi turut mendidik pengurusan organisasi akan kemudahan digital – dalam melaraskan perolehan sumbangan dari masyarakat.